SIARAN MEDIA
PENGUMUMAN ATLET KEBANGSAAN & PARA KEBANGSAAN
KEJOHANAN WORLD CUP 2025
Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 – Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dengan rasminya mengumumkan barisan Atlet Kebangsaan dan Para Kebangsaan yang akan mewakili Negara ke Kejohanan World Cup 2025 yang bakal berlangsung di Arena Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada 4 hingga 8 November 2025.
Kejohanan berprestij ini akan menghimpunkan 12 negara terbaik dunia, termasuk Australia, Canada, England, India, Ireland, Hong Kong China, New Zealand, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Wales dan Malaysia selaku tuan rumah.
MALAYSIA LAYAK SECARA MERIT
Walaupun Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan pada edisi sulung ini, Pasukan Negara turut melayakkan diri secara merit berdasarkan kedudukan dan pencapaian cemerlang di Kejohanan Antarabangsa yang lepas. Kelayakan ini mencerminkan kekuatan sebenar Malaysia dalam Sukan Lawn Bowls, sekaligus memperkukuh reputasi negara sebagai antara kuasa besar Asia dalam arena ini.
ATLET – ATLET NEGARA
Malaysia akan mempertaruhkan gandingan berpengalaman dan terbukti cemerlang di Arena Antarabangsa:
KATEGORI LELAKI | KATEGORI PARA LELAKI |
MUHAMMAD SOUFI RUSLI | MUHD. RAFI MUDA |
IZZAT SHAMEER DZULKEPLE |
KATEGORI WANITA | KATEGORI PARA WANITA |
EMMA FIRYANA SAROJI | JARIAH ZAKARIA |
NURUL ALYANI JAMIL |
Muhammad Soufi Rusli
Muhammad Soufi merupakan atlet senior yang telah menjulang nama Malaysia di pentas dunia dengan pelbagai kejayaan membanggakan. Antara pencapaian utamanya:
Nota: Muhammad Soufi Rusli merupakan satu – satunya Atlet Negara yang memenangi kesemua pingat emas (acara Singles, Pairs, Triples & Fours) bagi Kejohanan ‘Asian Lawn Bowls Championships’.
Izzat Shameer Dzulkeple
Seorang lagi tonggak utama skuad kebangsaan, Izzat Shameer turut mencipta kejayaan besar sejak awal kerjayanya, menjadikan beliau antara atlet paling konsisten dalam sejarah lawn bowls Malaysia. Antara pencapaian utama:
Emma Firyana Saroji
Emma Firyana adalah nama besar dalam arena lawn bowls wanita yang telah banyak mengukir sejarah untuk negara. Pencapaiannya termasuk:
Nurul Alyani Jamil
Nurul Alyani pula melengkapkan senarai wakil wanita negara dalam kejohanan ini. Beliau merupakan antara pemain wanita paling konsisten pada kejohanan – kejohanan terkini, sering bergandingan dengan Emma dalam acara berpasukan dan meraih pelbagai kejayaan bersama. Pencapaiannya termasuk:
ATLET PARA KEBANGSAAN – REKOD PRESTASI TERKINI
Pasukan Malaysia turut dibarisi oleh dua Atlet Para Kebangsaan yang terpilih secara merit bagi mewakili negara ke Kejohanan World Cup 2025 — Muhd. Rafi Muda (Kategori Lelaki – B7) dan Jariah Zakaria (Kategori Wanita – B7).
Kedua-dua atlet ini dipilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam sesi pemilihan rasmi, termasuk perlawanan simulasi kompetitif serta rekod konsisten dalam kejohanan peringkat kebangsaan. Pemilihan mereka mencerminkan komitmen dan dedikasi berterusan terhadap pembangunan sukan Para Lawn Bowls di Malaysia. Kehadiran mereka dalam Pasukan Kebangsaan bukan sahaja memberi keseimbangan kepada kontinjen negara, malah membuka peluang untuk mengangkat sukan para ke peringkat yang lebih tinggi di pentas dunia.
Muhd. Rafi Muda
Muhd. Rafi merupakan antara tonggak utama sukan Para Lawn Bowls lelaki negara yang menunjukkan konsistensi dan kecemerlangan sejak lebih sedekad. Dikenali dengan ketenangan, ketepatan strategi, serta disiplin tinggi dalam permainan, Rafi telah menempatkan dirinya sebagai antara atlet para terbaik Malaysia ketika ini.
Kejayaan beliau bermula seawal Paralimpiad Perlis 2014 apabila memenangi pingat emas dalam acara perseorangan (Singles), dan seterusnya mengulangi kejayaan serupa di Paralimpiad Sarawak 2016 serta Para Sukma Perak 2018. Dominasi beliau dalam kejohanan tempatan ini menandakan keunggulan yang konsisten sebagai pemain elit kategori B7 lelaki.
Di pentas antarabangsa, Rafi mengharumkan nama negara apabila menyumbang:
Rekod dan pengalaman Rafi dalam Kejohanan Kebangsaan serta Antarabangsa menjadi asas kukuh kepada pemilihannya sebagai wakil negara ke Kejohanan World Cup 2025, sekaligus membuktikan beliau layak secara merit dan berada dalam kelas tersendiri..
Jariah Zakaria
Jariah Zakaria merupakan antara Atlet Para Lawn Bowls Wanita paling berpengalaman dan berprestasi tinggi di Malaysia. Dengan pengalaman lebih dua dekad, beliau terus mengekalkan prestasi konsisten di peringkat antarabangsa dan menjadi tonggak utama Pasukan Para Kebangsaan.
Rekod Prestasi Terkini:
Sejak kemunculan awalnya di Busan FESPIC Games 2002 dengan pencapaian tempat keempat dalam acara B7 wanita, beliau terus menunjukkan peningkatan konsisten. Antara pencapaian paling membanggakan adalah apabila merangkul Pingat Emas acara perseorangan (Singles) di IPC World Bowls Championship Kuala Lumpur 2004 — satu kejayaan bersejarah buat Malaysia dalam arena sukan para.
Kejayaan demi kejayaan terus mengiringi kariernya, antaranya:
PLBM yakin dengan gandingan mantap ini, Malaysia mampu memberikan saingan sengit dan mencipta sejarah baharu di gelanggang sendiri. Seluruh rakyat Malaysia diseru untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan negara dalam usaha menjulang Jalur Gemilang di pentas dunia.
Demi Negara, Demi Maruah, Demi Emas!
“MALAYSIA BOLEH!”
Disediakan oleh:
PERSEKUTUAN LAWN BOWLS MALAYSIA
Tarikh: 31 Julai 2025